Allahuakbar


Allah sedang melihat kita. Allah mendengar apa yang kita perkatakan. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

Allah maha melihat. Allah maha mendengar. Allah maha mengetahui.

Allahuakbar. Allah maha besar.

Berapa kali kita menyebut perkataan Allah setiap hari dalam solat kita?

Kiranya kita hanya menyebut Allahuakbar dalam solat fardhu sahaja, jumlah nya tak kuang dari 89 kali (kecuali hari jumaat) iaitu sewaktu takbiratulihram dan takbir sewaktu kita berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain di dalam solat tersebut.

Tetapi dari jumlah tersebut berapa kali yang kita sedar kita sedang mengagungkan Allah sewaktu kita menyebutnya? Kita menghayati atau tidak sewaktu menyebutnya?

Sebab itu ramai di antara kita, sukar untuk ingat tentang kebesaran ALlah di luar solat, kerana di dalam solat pun kita tidak menghayati perkataan Allahuakbar yang kita sebut. Sedangkan semua orang memahami maksud “Allahuakbar”. Betul tak ?

Ya Allah, bantulah kami suapaya tidak menyengutui Mu dengan sesuatu….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: