Kita hampir tiba


Dulu mulanya kita tiada . Kita dilahirkan oleh ibu kita dalam keadaan tidak berpakaian. Kemudian kita di belai, dimanjakan, disusukan dan di jaga sehingga kita mula membesar. Dari tidak tahu apa-apa, kita diajar meniarap, merangkak, dan akhirnya kita boleh berjalan dan berlari.

Mulanya kita hanya tahu menangis, tetapi sekarang kita pandai ketawa, pandai bercakap, pandai marah, pandai memujuk, dan juga pandai mendiamkan diri.

Pendek kata, fizikal kita telah mengalami perubahan bersama dengan perubahan ilmu, kemahiran dan akhlak kita.

Tidak ada orang yang statik. Tidak berubah.

Dan…. sewaktu perubahan ini berlaku, kita rasa gembira kerana kita semakin dewasa. Di waktu kecil kita mungkin rasa banyak sangat pantang larangnya sehingga sukar untuk kita melakukan aktiviti kegemaran kita. Bila dewasa macam-macam boleh kita lakukan.

Itulah anggapan kebanyakan dari kita. Sehingga ramai yang tak sabar-sabar untuk dianggap telah dewasa dan matang.

Tapi….

Bila semakin berusia, ramai pula yang tak sanggup dirinya dikatakan telah tua. Malu bila dipanggil ‘Pakcik’ atau ‘Makcik’. Malah rasa terkejut bila ada orang yang lebih muda darinya yang memanggilnya dengan gelaran tersebut.

Rasanya taklah tua sangat aku ni, sampai di panggil ‘pakcik’, bisik hatinya.

Begitulah manusia. Sentiasa inginkan dirinya sentiasa muda. Tidak mahu tua, dan tidak mahu dianggap sudah tua.

Sebab itu ramai yang berusaha keras dan berbelanja besar untuk menjaga kecantikan kulit mereka dan penampilan diri mereka.

Hakikatnya, usia kita memang bertambah setiap saat. Dan tenaga kita juga semakin berkurang bila kita semakin berusia( sedangkan beban dan tanggungjawab kita semakin bertambah) walaupun kita cuba menafikannya dengan menjaga penampilan diri kita.

Kita sedang dalam perjalanan yang memenatkan…

Kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke alam yang lain…..dan kita hampir tiba ke destinasi..

……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: