Hak Berpolitik


Ada yang gembira dan ada yang kurang setuju bila ada ura-ura semua para pendidik dibenarkan berpolitik. Ini bermakna sekatan untuk memegang jawatan dalam parti politik di tarik balik. Walau bagaimanapun kelulusan dari pihak atasan masih diperlukan.

Mereka yang tidak bersetuju mungkin berpendapat bahawa tugas guru yang sedia banyak dan membebankan memang agak mustahil untuk bergiat aktif dalam politik. Takut-takut tugas utama terabai sebab penglibatan dalam politik

Mereka yang bersetuju mungkin berpendapat, inilah peluang terbaik untuk memberi sumbangan kepada masyarakat di dalam bidang yang mereka mempunyai minat dan kebolehan. Faktor masa atau kesibukan tugas, sebenarnya banyak bergantung pada individu itu sendiri.

Apa pun pandangan, terserah kepada niat individu terbabit. Sekiranya penglibatan adalah kerana Allah SWT itu memang digalakkan dan patut di beri sokongan. Tetapi, jika niat hanya untuk mendapat nama, pangkat dan menimbun harta adalah amat tidak digalakkan. Kata orang, lebih baik jangan. Berbahaya untuk kehidupan di dunia dan akhirat

Kalau kita faham bahawa politik itu sebahagian dari tuntutan beragama, maka menyertainya memang satu kewajipan. Dengan politiklah kita menentukan kepimpinan. Dengan berpolitikklah kita dapat memilh pemimpin yang terbaik.

Bila pemimpin yang terbaik dan bertaqwa dilantik menerajui sesebuah negeri dan negara, barulah hukum-hukum Allah itu dapat di tegakkan. Barulah amar maaruf dan nahi mungkar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Barulah rakyat bahawan dapat menjadikan pimpinan mereka sebagai contoh ikutan.

Menyisihkan diri dari politik dengan tidak mengambil peduli siapa yang memimpin adalah satu sikap yang salah dan berbahaya. Tidak peduli siapa yang diundi atau tidak keluar mengundi di musim pilihanraya juga menunjukkan ketidakfahaman kita tentang kewajipan kita sebagai seorang Muslim.

Bayangkan sekiranya ramai umat Islam yang tidak ambil peduli dengan politik, apa jadi pada negara ini? Siapakah yang akan mentadbir kita?

Sedangkan diwaktu umat Islam masih majoriti lagi dinegara ini, hukum Islam tidak dilkasanakan, kedai judi merata-rata, kilang arak berdiri megah, disko dan pub bercambah-cambah, apakah agaknya yang akan berlaku kiranya kuasa politik semakin terhakis disebabkan sikap tidak peduli umat Islam terhadap perkembangan politik semasa?

Ya Allah, serahkan kepimpinan kami kepada mereka bijaksana dan bertaqwa….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: