Hobi Membeli


Ingat ramadhan ingat puasa. Tapi kena ingat, Ramadhan bukan sekadar bulan puasa. Memang puasa diwajibkan sepanjang bulan Ramadhan, tetapi berbagai ibadah lagi digalakkan untuk kita lakukan di bulan.

Puasa adalah ibadah paling mudah kita lakukan. Tak perlu modal seperti zakat, haji dan sebagainya. Hanya yang perlu berlapar sahaja. Jangan makan, minum dan menjaga diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkannya. Itupun pada siang hari sahaja.

Masalahnya budaya oang kita, bila masuk saja ramadhan semakin besar belanjanya. Untuk makan minum sahaja terpaksa disediakan duit berkali ganda dari biasa. Sebab itu ramai orang suka berniaga di bulan Ramadhan. Jual apa saja, terutama makanan mesti untung.

Orang bukan Islam pun seronok bila tiba Ramadhan, berbagai jenis makanan yang tak terdapat di bulan-bulan lain boleh di dapati pada bulan ini.

Bagi yang suka ‘membeli’ di bulan mulia ini, sukar untuk kita halang minat mereka ini. Cuma minat mereka itu boleh di salurkan menjadi ibadah sekiranya mereka bersedekah makanan yang mereka beli kepada orang lain. Mereka boleh ajak juga orang lain makan bersama mereka sewaktu berbuka.

Memang biasanya makanan yang mereka beli tak mampu untuk mereka habiskan. Biasanya begitu. Kiranya diajak sama orang lain makan bersama mereka dapat juga pahala orang yang makan makanan yang mereka beli di samping dapat mengelakkan pembaziran.

Jadi pahala beri makan orang berbuka dapat, dosa disebabkan pembaziranpun dapat dielakkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: