Kesan Ramadhan


Bila bulan Ramadhan sahaja, kita dapat lihat banyak perubahan berlaku. Pergilah mana-mana masjid, kebanyakannya makmur dengan kehadiran jemaah. Solat asar dan zohor pun lebih ramai dari biasa. Waktu malam memang menakjubkan. Kalau hadir lewat mungkin ada yang terpaksa sembahyang di luara atau bawah kemah sahaja.

Fenomena ini berlaku di awal ramadhan. Bila tiba di penghujung Ramadhan jemaah dimasjid juga terasa sangat berkurangnya. Walaupun sering di tekankan oleh para pendakwah bahawa di hujung ramadhanlah akan berlakunya lailatulkadar dan dihujung Ramadhan juga Rasulullah banyak beriktikaf di masjid tetapi setiap tahun fenomena ini terus-menerus berlaku.

Paling menyedihkan ialah tamat sahaja ramadhan, masjid pun kurang di kunjungi semula. Mungkin ada pertambahan satu atau dua jemaah yang terus dapat istiqamah berjemaah dimasjid hasil dari ‘tarbiyah ramadhan’. Yang lain ke mana? InsyaAllah mereka juga sebenarnya menerima kesan sedikit demi sedikit dari ‘tarbiyah ramadhan’ setiap tahun. Cuma belum masanya perubahan itu dapat di lihat secara luarannya. Hati mereka mungkin telah lebih dekat dengan Allah SWT dari sebelumnya.

Panjatkan doa untuk mereka di bulan mulia ini supaya Ramadhan kali memberi makna yang besar untuk hidup mereka……di samping kita berdoa untuk diri sendiri..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: