Dajjal


Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi dari Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Tiga perkara yang apabila telah muncul maka tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam imannya itu iaitu terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang yang keluar dari perut bumi.”

Boleh dikatakan semua orang pernah mendengar cerita Dajjal yang akan datang di akhir zaman. Fitnah yang di datangkan oleh dajjal ini cukup besar dan menakutkan. Ia diterangkan sendiri oleh Rasulullah SAW di dalam hadith baginda.

Banyak terdapat di pasaran buku-buku tentang dajal ini.

Tapi berapa ramai di kalangan kita berdoa minta dilindungi dari fitnah dajjal ini seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Nampak macam kita tak rasa apa-apa pun dengan amaran Rasulullah SAW. Sebab itu kita macam tak kisah pun. Dan tak takut pun.

Yang kita takut hanya hal-hal dunia sahaja. Takut miskin. Takut tak cukup makan. Takut anak tak masuk Universiti. Takut tak kahwin. Takut tak lulus periksa. Takut Sakit….dan takut mati.(sebab sayang nak tinggalkan nikmat dunia)

Munculnya Dajjal yang menyesatkan manusia hingga merosakkan aqidah, tidak pernah kita takut dan tak pernah kita berdoa minta dilindungi dari bertemu dengannya.

Walau pun di ceritakan bahawa ramai manusia akan dimurtadkan oleh Dajjal sehingga mengaku bahawa Dajjal itu Tuhan, ia tidak pun mencetuskan kebimbangan di hati kita.

Kenapa ye? Kita selalu bimbang hal-hal yang berkaitan material tetapi tidak bimbang dengan keroskan aqidah dan agama kita.

Bagaimana iman kita sebenarnya?

Mari kita mulakan beremohon perlindungan ketika tahiyyat terakhir sebelum salam seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW dengan membaca doa berikut:

اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَاْبِ جَهَنَّمْ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاْتِ ومِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّال

“Ya Allah, aku memohon perlindungan dari azab jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati dan dari seburuk-buruk fitnah al-Masih ad-Dajjal.” [HR
Muslim dari Abu Hurairah r.a.]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: