Muhasabah Seminggu Ramadhan


Sudah seminggu kita di dalam Ramadhan 1431. Bagaimana puasa, taraweh, sedeqah, bacaan Al-Quran, sahur, berbuka, tahajud kita? Elok rasanya kita muhasabah diri, supaya jika kita rasa masih banyak kekurangan boleh kita cuba perbaiki sementara berkesempatan.

Adakah tujuan dari puasa itu telah mula kita rasai. Meningkatkah ketaqwaan kita kepada Allah selepas seminggu ramadhan di lalui? Atau rasa macam biasa saja. Sama seperti sebelum Ramadhan.

Adakah kita masih memikirkan sangat tentang apa makanan yang lazat-lazat yang hendak kita sediakan sempena berbuka setiap hari? Sedangkan bila kita dalam keadaan lapar setelah seharian berpuasa, kita tak perlu pun makanan yang lazat dan beraneka ragam, kerana memang kita makan kerana perut kita kosng. Makanan yang kurang enak pun boleh kita habiskan dalam keadaan demikian.

Lagi pun perbuatan kita itu bersalahan dengan sunnah Rasulullh SAW.

Tidak salah untuk makan apa yang halal, tetapi biarlah berpada-pada dan tidak membazir.

Kiranya kita dapat mengelakkan pembaziran di Ramadhan ini pun, telah wujud sebahagian dari ciri-ciri taqwa dalam diri kita. Tetapi sekiranya yang sebaliknya berlaku baik kita usahakan mengelaknya bersungguh-sungguh. Sebab ramai orang memandang kecil isu pembaziran ini, sedangkan ia adalah perbuatan saudara-saudara syaitan, yang amat di larang keras oleh Allah dan Rasulnya.

Ya Allah berkatilah kami di bulan Ramadhan ini….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: