Al-Quran Dan Puasa


Ada satu riwayat yang menyatakan bahawa pernah seorang yahudi bertanya kepada Saidina Umar mengapa umat Islam tidak meraikan turunnya Al-Quran. Kemudian Umar diilhamkan bahawa umat Islam memang meraikan penurunan Al- Quran.

Bulan Ramadhan istimewa sebab di dalamnya Al-Quran diturunkan. Kenapa orang Islam diwajibkan berpuasa di dalam bulan Ramadhan? Sebab meraikan penurunan Al-Quran. Tamat saja Ramadhan umat Islam meraikan Aidilfitri bukan sekadar sebab selesai berpuasa tetapi sebab meraikan penurunan Al-Quran.

Sewaktu haji wida’ Rasulullah menerima wahyu yang terakhir
(Al Maidah, 3) tanda telah sempurnanya Al- Quran disampaikan. Maka umat Islam meraikannya dengan sambutan Aidiladha.

Ini bermaksud umat Islam menyambut turunnya Al-Quran dengan berpuasa, meraikan Aidilfitri dan bila telah sempurna penurunannya diraikan pula denganAidiladha.

Jadi kita berpuasa bukan sekadar sebab tibanya Ramadhan tetapi kerana meraikan penurunan Al-Quran. Sebab itu bulan Ramadhan juga di gelar Bulan Al-Quran. Marilah kita menghargai Al-Quran dengan membaca, memahami, menghayati dan melaksanakan perintah-perintah di dalamnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: