Kuantiti @ Kualiti?


Perbahasan jumlah rakaat tarawih 8 atau 20 tidak pernah selesai. Masing-masing ada hujah. Walau pun perdebatan berkenaan perkara ini nampak semakin berkurangan, tetapi masih ada lagi pihak yang cuba membangkitkannya.

Apa salahnya kita berlapang dada dalam hal ini, memandangkan kalau terus diperbincangkan pun tidak siapa yang untung. Lakukanlah mengikut kemampuan masing-masing dan janganlah disakitkan hati meeka yang tidak bersependapat dengan kita.

Yang lebih penting adalah kualiti solat yang kita dirikan, bukan rakaatnya.

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku” (Thaaha: 14)

Ayat diatas jelas menitikberatkan tentang kualiti solat yang kita dirikan.

Berapa banyak kita mengingati Allah dalam solat kita? Berapa banyak masa kita dlam solat kita merasai Allah memerhatikan kita. Berapa banyak kita merasai Allah mendengar apa yang kita ucapkan dalam solat kita? Bagaimana tentang kefahaman kita pada setiap bacaan yang kita baca setiap hari dalam solat? Sempurnakah tamakninah (bertenang dan diam) kita dalam setiap gerakkan sujud, rukuk i’tidal dan rukun-rukun yang lain?

Kalau 8 rakaat, tetapi dilakukan dengan khusyuk sepenuhnya serta hati sentiasa bersama Allah, tentu lebih baik dari 20 rakaat, tetapi hati sentiasa ‘diluar’ solat dan tidak mengingati Allah kecuali sedikit.

Kalau 20 rakaat dilakukan dengan khusyuk serta hati sentiasa bersama Allah, tentu lebih berkualiti solatnya dari mereka yang sekadar mengerjakan 8 rakaat.

Sebab itu, adalah lebih baik kita membincangkan ‘kesempurnaan solat’ dari membincangkan rakaatnya. Masa yang kita tumpukanuntuk menambah ilmu berkenaan solat lebih besar faedahnya dari kita membahaskan tentang jumlah rakaatnya.

Ya Allah kurniakan kami khusyuk di dalam setiap solat yang kami dirikan….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: