Tazkirah Ramadhan


Bulan ramadhan bersesak-sesak orang Islam ke masjid dan surau untuk solat terawih. Ramai yang ingin merebut pahala yang di janjikan di dalam bulan yang penuh barakah ini dengan melakukan berbagai amalan.

Bukan senang kita nak melihat masjid dipenuhi jemaah diwaktu malam, kecuali bila ada program terentu melainkan di bulan mulia.

Sebahagian masjid pula diadakan pula tazkirah selepas solat terawih untuk memberi peluang kepada jemaah masjid menambah ilmu di bulan mulia ini. Malangnya sebahagian jemaah tidak turut serta dalam majlis tazkirah kerana merasakan kurang penting atau tidak faham ganjaran pahala bila kita menghadiri majlis ilmu di bulan ramadhan.

Dalam sebuah hadith , ada di khabarkan oleh Rasulullah SAW, setiap langkah orang yang pergi ke majlis ilmu di bulan Ramadhan diberi ganjaran pahala setahun beribadat.

Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy

Setiap langkah….bukan satu perjalanan. Mengapa kita tidak mengambil peluang ini?

Ayuh, kita cari majlis ilmu di bulan mulia ini, sementara berkesempatan.

Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang mencintai ilmu dan orang yang berilmu…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: