Berpuasa dan tidak mesti dengan Ilmu


Ramadhan bukan sekadar bulan puasa. Tetapi puasa adalah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dibulan mulia ini. Kecuali mereka yang diberikan keuzuran oleh Allah SWT.

Samada kita berpuasa atau tidak berpuasa kerana sebab yang diizinkan oleh Allah SWT, ia mesti dilakukan dengan ilmu. Tanpa ilmu apa yang kita lakukan mungkin salah dan mendatangkan dosa. Sebab itu menuntut ilmu itu sangat penting dan menjadi kewajpan semua orang yang mengaku beriman dengan Allah SWT.

Contohnya, bila sesorang itu bermusafir, Nabi SAW membenarkan ia untuk terus berpuasa atau berbuka, tetapi ada syaratnya iaitu:

1. perjalanan yang diharuskan. (bukan tujuan maksiat)
2. lebih dua marhalah
3. memulakan perjalanan sebelum masuk waktu subuh.

Contoh yang lain, bagi orang perempuan yang uzur dan di haramkan untuk mereka berpuasa, ini tidak bermakna mereka boleh ‘bermewah dengan makanan’. Mereka mesti menghormati bulan Ramadhan, walau mereka tidak berpuasa. Tidak sepatutnya orang lain tahu mereka tidak berpuasa.

Walau pun mereka tidak puasa, mereka masih lagi boleh mendapat pahala orang yang berpuasa dengan cara mereka menyediakan makanan untuk orang berpuasa berbuka, samada untuk ahli keluarga atau pun untuk orang lain. Ini kerana dalam sebuah hadith Rasulullah SAW menyatakan bahawa sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala orang yang berpuasa tersebut dan tidak dikurangkan sedikit pun.

Marilah kita terus mencari ilmu supaya segala yang kita lakukan berdasarkan ilmu dan bukan ikut-ikutan sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: