Perkara yang membatalkan……..


Ramai yang teliti dalam perkara yang membatalkan puasa. Buktinya, kita sering dengar orang bertanya, buat begini, buat begitu batal puasa tak? Kalau tak sengaja batal ke? Kalau terlupa macam mana?

Selagi kita berada di bulan mulia ini, selagi itulah soalan sedemikan kedengaran. Kadang-kadang soalan yang sama tiap-tiap tahun ditanya oleh orang yang sama. Mungkin lupa agaknya.

Baguslah. Itu menampakkan mereka yang bertanya ambil berat tentang ibadah puasa mereka.

Cuma yang jarang ditanya orang perkara yang lebih penting lagi sepanjang tahun ialah perkara yang boleh membatalkan Iman dan Islam seseorang. Sedangkan menjaga iman dan Islam lebih utama lagi. Adakah sebab semua orang telah mepelajari dan menguasai dengan baik sehingga tidak ada yang bertanya?

Batal puasa, boleh diganti puasa tersebut. Tetapi jika terbatal iman dan Islam habis semua amalan yang lakukan sebelum ini hilang pahalanya.

Menyedari bahayanya tebatal Iman dan Islam ini, jika kita tidak mempunyai ilmu berkenaan dengannya, maka apabila kita ke tanah suci Mekah kita akan dihadiahkan sebuah buku kecil oleh kerajaan Arab Saudi (terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris). Tujuannya supaya kita sentiasa berhati-hati terhadap perkara-perkara yang boleh membatalkan Iman dan islam kita.

Ini mungkin disebabkan realiti umat islam hari ini yang tidak ambil berat tentang perkara tersebut, sehingga kadang-kadang mereka melakukannya tanpa disedari.

Mari kita sama-sama memperdalami Islam su[aya Iman dan Islam kita terpelihara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: