Ramadhan itu Kem


<td valign="top"

Edisi Ramadhan kali ini sekadar membawa satu analogi untuk menambah kesedaran. Sudah masuk hari ke-14, hampir separuh Ramadhan telah berlalu dan kita sepatutnya menggembleng lebih banyak tenaga untuk mencapai apa yang patut dicapai oleh kita di bulan yang mulia ini.

Maka di sini ada satu analogi untuk kita sama-sama perhatikan.

Ramadhan itu sama dengan kem.

Mungkin kita boleh ambil Kem Ibadah@Kem Jati Diri yang sering kita hantar anak-anak, adik-adik atau pelajar-pelajar kita pergi.

Dan anda akan melihat sesuatu yang besar daripada analogi ini.

Kem Ibadah yang kita juga mungkin pernah pergi

Pernah pergi kem ibadah@jati diri?

Mungkin pernah. Atau mungkin kita pernah hantar anak-anak kita, adik-adik kita, pelajar-pelajar kita ke kem ibadah@jati diri.

Agak-agak bagaimanakah keadaan sebuah program kem ibadah@Jati diri?

Ada tiga perkara penting dalam sesebuah program kem ibadah@jati diri.

1. Waktunya terhad.

2. Wujud program di dalamnya.

3. Untuk mencapai satu matlamat, dan hendak dibawa keluar pencapaian itu ke luar kem.

Ramadhan adalah demikian

Kalau kita perhatikan, Ramadhan adalah demikian.

1. Waktu Ramadhan adalah terhad. – 29@30 hari.

2. Wujud program di dalam Ramadhan – puasa, iftar, sahur, qiam, tarawih, sedeqah, Al-Quran dsb

3. Untuk mencapai satu matlamat dan hendak dibawa keluar pencapaian itu ke luar bulan Ramadhan – Taqwa, sebaik-baik bekal untuk kehidupan adalah taqwa.

Pembinaan diri di dalam Ramadhan

Sekiranya kita sekadar melihat Ramadhan sebagai bulan beramal, manakala bulan-bulan lain adalah tidak, maka itu adalah satu kesalahan yang besar.

Hakikatnya, Ramadhan adalah ibarat kem. Kita duduk di dalamnya untuk memberikan penekanan kepada diri betapa kita perlu menjadi hamba Allah SWT yang baik juga di bulan-bulan yang lain.

Apakah Allah hanya wujud di dalam bulan Ramadhan? Tidak.

Apakah Allah hanya memberikan ganjaran di dalam bulan Ramadhan? Tidak.

Allah wujud setiap masa, dan ganjaranNya juga wujud setiap masa.

Tinggal di dalam Ramadhan, ia diganda-gandakan bagi meningkatkan kembali kekuatan orang beriman agar memahami tujuan kehidupannya di atas muka bumi.

Mungkin beberapa program tidak wujud dan beberapa ganjaran dihilangkan, tetapi…

Mungkin beberapa program di dalam bulan Ramadhan, tidak wujud di dalam bulan-bulan yang lain seperti Tarawih dan puasa, iftar, sahur 30 hari berturut-turut.

Beberapa ganjaran seperti Solat Fardhu ganjarannya sama seperti 70 solat fardhu, solat sunat ganjarannya sama seperti satu solat fardhu, satu malam lailatul qadr kebaikannya melebihi 1000 bulan, dan segala amalan akan dibalas berganda-ganda, mungkin tiada di bulan-bulan lain.

Tetapi, bulan-bulan lain tetap wujud tugasan dan tuntutannya.

Kita tetap hamba Allah SWT. Dan Allah SWT tetap wujud bersama kita.

Mungkin program-program tadi telah tiada, tetapi program ruti seperti solat fardhu, menjauhi larangan Allah dan menjalankan perintahNya, berbuat baik kepada manusia dan menyebarkan kebaikan serta banyak lagi, masih ada di bulan-bulan yang lain.

Mungkin ganjaran tadi telah tiada, tetapi ganjaran syurga tetap terbuka pada bulan-bulan yang lain. Ganjaran kasih sayang dan rahmat Allah tetap wujud pada bulan-bulan yang lain. Ganjaran pahala tetap ada pada bulan-bulan yang lain.

Dan Ramadhan, adalah untuk melatih kita istiqomah beramal dalam bulan-bulan yang lain itu.

Penutup: Apa guna kem jati diri@kem ibadah?

Apa guna kem jati diri@kem ibadah?

Apakah untuk kita bermotivasi selama tiga hari sahaja? Adakah untuk kita tahu solat dan ambil wudhu’ tiga hari sahaja?

Semestinya bukan.

Kegunaan kem jati diri@kem ibadah adalah untuk mengasuh peserta-persertanya, agar mampu melakukan perkara yang sama, sepanjang mereka berada di luar kem.

Begitulah Ramadhan.

Tidakkah anda memerhatikannya?

Ada berapa hari lagi Ramadhan? 16? Bagaimanakah anda menggunakannya?

sumber: ms.langitilahi.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: