Agama dan Politik


Masih ramai orang Melayu/Islam yang keliru tentang hubungan politik dan agama. Walau pun telah banyak dihuraikan oleh para ulama tentang perkara ini, tetapi masih ramai yang tak memahaminya atau buat-buat tak faham.

Buktinya, masih kedengaran suara-suara yang mahu memisahkan politik dan agama.

Entahlah….mungkin mereka tak pernah belajar sejarah hidup Rasulullah SAW. Atau atas dasar kepentingan peribadi mereka cuba menafikan penglibatan Rasulullah SAW sebagai, pemimpin keluarga, pemimpin masyarakat, pemimpin negara dan ketua angkatan perang tentera Islam.

Rasulullah diutuskan bukan sekadar untuk mengajar solat, puasa, haji dan zalat sahaja. Al -Quran yang sebanyak 30 juzuk bukan sekadar cerita tentang solat dan hubungan diantara Allah dan manusia sahaja. Tetapi di nuzulkan Al Quran dan diutuskan Rasulullah SAW adalah untuk memandu manusia dalam segala aspek kehidupan. Termasuk politik. Takkan itu pun tak boleh faham.

Atau sengaja tak mahu beriman sepenuhnya dengan Al-Quran?

ثُمَّ أَنتُمْ هَـٰؤُلَاءِ تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِّنكُم مِّن دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِم بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِن يَأْتُوكُمْ أُسَارَىٰ تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ ۚ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Kemudian kamu membunuh dirimu dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu-membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, dan mengusir mereka itu terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat.

Al-Baqarah (2) : 85

Tolonglah faham…. politik dan agama tak boleh dipisahkan. Rosak aqidah bila kita memisahkannya.

Politik itu adalah tentang kepimpinan dan ianya bersih sebersih Islam, tetapi menjadi kotor kerana penganutnya. Penganut yang tidak berpolitk untuk Islam tetapi untuk kepentingan diri dan kroni semata-mata. Penganut yang tidak ingat Allah bila berpolitik. Penganut yang tidak ingat tentang seksaan dan balasan ALlah diakhirat.

Memisahkan politik dan agama adalah sama salahnya memisahkan agama dengan sains. Menyebabkan kesesatan.

Politik itu adalah (antara lain) cara manusia bertindak, sementara sains itu menceritakan bagaimana Allah bertindak.

Bila dipisahkan atau disekularkan, akan menyebakan orang Islam tidak menikmati kehebatan Islam. Juga menyebabkan orang Islam terhina dibumi sendiri.

Hidup hina mati seksa. Sanggupkah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: