Cari Duit


Hidup di zaman ini memang memerlukan duit. Tanpa duit boleh dikatakan amat sukar sekali untuk kita meneruskan hidup di dunia ini dengan tenang kalau pun tidak senang. Setiap pergerakkan kita memang memerlukan duit. Malah jarang sangat kita jumpa orang berjalan kaki ke masjid dan surau waktu ini.

Hendak ke surau dan masjid pun perlukan kenderaan. Kenderaan perlukan bahan api. Maksudnya perlu duit. Tak macam dulu, ramai yang berjalan kaki atau berbasikal sahaja ke surau atau masjid. Ke tempat kerja pun hanya berjalan kaki sahaja, sebab kebun tempat berkerja di belakang rumah atau berhampiran rumah sahaja.

Itu dulu. Sekarang ramai yang bekerja jauh dari rumah. Ada yang jarak rumah ke tempat kerja lebih 50 km. Berulang setiap hari demi mencari rezki. Cari duit untuk menampung keluarga dan membesarkan anak-anak. Ada yang perlu keluar rumah sebelum subuh bagi memastikan sampai ke temapat kerja tepat pada waktunya. Semuanya sebab duit.

Tapi janganlah sampai semua yang kita buat “kerana duit”. Sampaikan kalau tidak ada ganjaran duit kita tak mahu melakukkannya. Atau kalau menyebabkan kita kena keluarkan duit kita, dan ia bukan “tugas” kita, kita langsung tak mahu membuatnya.

Selain duit, banyak perkara lain yang perlu kita ambil kira untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. Janagn abaikan kesihatan diri, keluarga, masyarakat, saudara-mara, rakan-rakan disebabkan duit.

Paling utamakan jangan abaikan “ALLAH” sebab duit. Ingatlah Allah sedang memerhatikan kita dan maha mengetahui apa yang ada dalam fikiran dan hati kita.

Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui.

Ingatlah bahawa duit bukanlah segala-galannya, walau pun segala-galanya memerlukan duit di zaman ini.

(Tulisan ini untuk penulis sebenarnya. Muhasabah diri selepas berhari raya.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: