Duduk saja dapat duit


Setiap hari kita biasa mendapat email yang mengajak kita mendapat duit cara mudah. Dalam fb kita pun biasa ada iklan yang cuba menarik kita dengan program-program sebegini.

“Klik dapat duit”, “Duit Untuk Rumah”, ” Buat Duit Cara Mudah” dan sebagainya. Betul ke ada cara mudah untuk dapat duit? Entahlah. Saya tak pernah menyambut pun seruan begini. Mungkin ada. Cuma saya kurang percaya.

Bukan tak percaya boleh dapat duit. Tapi tak percaya duit yang terhasil dengan cara tersebut akan ada keberkatannya. Sebab sumber perniagaannya tak jelas. Banyak yang syubahat.

Dengan siapa sebenarnya kita berurusan? Perniagaan apa yang mereka jalankan untuk membayar kepada kita? Adakah kita membantu mempromosi perniagaan mereka yang haram?

Kita perlu waspada dengan setiap duit yang kita dapat. Adakah atas usaha yang diizinkan Allah atau sebaliknya. Seperi juga kita perlu waspada terhadap duit yang kita belanjakan. Bukan sekadar tidak dibelanjakan pada jalan yang haram, malah membazir pun dilarang Agama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: