Tawaran hebat


Memang ada e-mail dari rakan-rakan kita yang membuatkan kita ingat Allah. Kadang-kadang mencadangkan kita agar memanjangkan e-mail tersebut untuk kebaiakn bersama. Tapi yang paling kita selalu terima ialah tawaran-tawaran untuk mendapatkan wang atau harta cara yang mudah. Atau dapat duit cara cepat.

Jarang sangat kita terima e-mail yang mengingatkan kita untuk dapat pahala cara mudah. Atau yang mengajak kita kenal Tuhan dengan cara yang mudah dan cepat. Atau bagaimana supaya sentiasa ingat Allah.

Mengapa ye?

Adakah kerana tawaran mengenalkan tuhan cara mudah itu tidak menguntungkan penganjur?

Atau tawaran sedemikian kurang atau tidak mendapat smbutan?

Entahlah….

Tapi berdasarkan bulan ramadhan yang lalu, sewaktu solat tarawih, diawal ramadhan ramai jemaah yang hadir, tetapi apabila di penghujung ramadhan yang dijanjikan dengan berbagai keistimewaan dan ganjaran akhrat , kehadiran pengunjung sangat berkurang di kebanyakkan masjid.

Apakah fenomena ini menunjukkan orang Islam di negara ini tidak hirau atau tidak hairan pun dengan janji-janji Allah kerana bukan dalam bentuk harta benda dunia?

Termasuk janji untuk pelepasan dari api neraka ?

Nauuzubillaah min zaalik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: