Doa Tidur


Ramai diantara kita yang hafal doa sebelum tidur dan doa selepas bangun tidur. Yang membezakannya ialah membaca atau tidak sahaja. Tetapi yang lebih penting dari membacanya ialah memahami dan menghayatinya.

Sebelum kita tidur, berapa ramai dan berapa kerap kita ingat bahawa kita mungkin dapat bangun semula atau mungkin terus tidak bangun-bangun lagi. (mati).

Firman Allah SWT

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

surah al-zumar ayat 42

Seelok-eloknya sebelum tidur, kita berwuduk dahulu dan membaca apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Kalu tak semua pun, bacalah sebahagian darinya.

Yang paling penting kita mesti ‘merasai’ bahawa kita akan menyerahkan jiwa kita pada Allah sewaktu kita tidur dan bermohon supaya Allah mengembalikannya semula untuk kita bangun semula bagi mengerjakan ketaatan kepada Nya. Sebaiknya berdoa dan berazamlah untuk bangun sebelum azan subuh.

Ingatlah bahawa Allah memegang jiwa kita sewaktu kita tidur. Hak Dia untuk mengembalikannya atau tidak.

Ingatlah juga, berapa ramai saudara-saudara kita yang mati ketika tidur.

Sebab itu tidak patut berlaku, dan kita benarkan diri kita tetidur sambil mendengar lagu atau sedang menonton TV. Apatah lagi sedang melakukan dosa.

Ya Allah dengan nama Mu kami di hidup dan di matikan.

2 responses to this post.

  1. Posted by wanie on Mac 9, 2011 at 7:38 pm

    btol saya sokong ustad…
    kadang2 hati saya tak walaupun slps bce doa tdur…
    sbb… saya terfikir sejenak… adakah esok masih ade hari aku atau… aku pergi menghadap NYA tanpa aku pinta…..
    kalau saya terasa mcm tu… saya pegi smyg hajat… agar saya sempat bertaubat sblm ajal memenggil saya… ustad… saya nak tanya…
    kalau kita benar2 nak bertaubat… kita kne ganti solat2 yg kita pernah tgglkn… btol ke..?????

    Balas

    • kalau hutang dengan manusia pun kita diwajib bayar. Maka hutang dengan Allah perlu juga kita bayar. Itu yang di ajar oleh para ulama. Bila kita ganti nampak kita bersungguh dgn taubat kita.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: