Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un


Bila ada apa-apa musibah (bukan kematian sahaja) kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk mengucapkan “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”. Ramai yang mengucapkannya. Tapi biasanya bila mendengar berita kematian.

Jika ada orang yang terjatuh (luka sikit je) dan kita pun mengucapkan “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”, maka ramai orang rasa pelik. Malah ada yang berkata ” Oi, belum mati lagi lah”.

Adakah musibah”Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un” itu kematian sahaja?. Tidak. Walaupun kematian adalah musibah terbesar yang paling ditakuti oleh ramai manusia, tetapi musibah itu pelbagai bentuknya. Salah faham tentang ucapan “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un” ini perlu diperbetulkan.

Tetapi bukan itu sahaja. Yang paling penting kita memahami dan menghayati maksud ucapan “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”, sehingga boleh mengeluarkannya secara “sponton” (walupun kadangkadang salah). Tapi apakah orang yang mengunggapkan ucapan tersebut menghayatinya?

“Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”

maksudnya, “dari Allah kita datang dan kepadnya kita kembali”

Dimana fikiran kita waktu menyebutnya? Ingatkah kita pada Allah pada waktu itu? Sedarkah kita bahawa segala musibah yang menimpa itu dari Allah walaupun ‘penyebabnya’ mahkluk Allah ? Fahamkah kita bahawa kebanyakkan musibah itu disebabkan oleh dosa-dosa kita?

“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” Syura: 30

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami.. kami sedar kami tak henti-henti membuat dosa…..tapi kami tahu Engkau juga maha pengampun Ya Rahim…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: