Aku ni ok lah juga…..


Apa kita rasa bila mendengar seruan azan? Ada feeling tak? Atau tak rasa apa-apa? Apa kita rasa bila terdengar bacaan Al-Quran? Ada rasa apa-apa tak?

Bila dengar nama Allah ada rasa gerun atau tak?

Berbeza dengan nampak “roodblock” polis atau JPJ. Kita mula rasa “menggelabah” sikit. Mula teringat lesen hidup ke tidak? Rood tax bagaimana? Kalau tak pakai talipinggang keledar, sepantas kilat tangan kita memasangnya.

Tapi kalau kita dengar azan, kita buat tak tahu sahaja, walaupun kita tahu itu seruan supaya kita segera menunaikan solat. Bukan kita tak tahu. Kita pun tahu bagaimana tindakbalas Rasulullah SAW bila mendengar azan dilaungkan. Baginda bagaikan sudah tidak kenal lagi dengan siapa beliau sedang bercakap sekiranya beliau sedang bercakap dengan seseorang. Semuanya akan ditinggalkan disebabkan “seruan azan” tersebut.

Berbeza sangat dengan kita. ramai dikalangan kita kalau sedang bermain, bekerja, atau bermesyuarat, hanya sekadar berhenti seketika sewaktu azan dilaungkan. Kononnya untuk menghormati seruan azan tersebut. Tetapi habis sahaja azan dilaungkan, kita pun meneruskan aktiviti, kadang-kadang sehingga 2 jam, barulah kita berhenti.

Ada kalanya kita solat pun dalam keadaan waktu solat hampir luput. itulah yang biasa terjadi dan sering kita ulang-ulangi dengan tanpa rasa bersalah dan menyesal pun atas perbuatan kita.

Yang teruknya kita masih lagi boleh terfikir “Aku ni ok lah jugak, solat walau pun lewat, ramai yang lain langsung tak solat”.

Lupakah kita bahawa kewajipan solat apabila masuk waktunya dan kematian itu tiba bila-bila waktu sahaja. Apa berlaku pada kita agaknya kiranya kita menangguhkan solat kita di akhir waktu sedangkan malaikat maut menjemput kita dipertenagahan waktu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: