Ujian lain.


Setiap hari kita diuji. Ada ujian yang datang terus kepada kita. Mungkin kita sudah dapat merasakan ujian akan datang dan kita berhati-hati dalam setiap gerak langkah kita. Contohnya ujian berbentuk kewanagan.

Tetapi hakikatnya ujian datang dalam pelbagai bentuk. Di antaranya ia di datang oleh Allah SWT melalui orang lain. Misalnya kita dikhianati dan difitnah oleh orang yang sangat kita percayai. Dapatkah kita mmahami dan merasai bahawa ujian itu datang dengan izin Allah SWT juga?

Mungkin sewaktu ujian datang secara langsung (bukan melaui orang lain) kita dapat mengawal emosi kita, tetapi bila diuji melaui orang lain adakah kita terus ingat pada ALlah atau sebaliknya?.

Mungkin sewaktu ujian datang secara langsung, kita terus mengadu dan berdoa pada Allah, tetapi jika ujian itu melalui orang lain kita mungkin terlalu marah dan terlupa untuk mengadu dan berdoa pada ALlah SWT , yang pada hakikatnya Tuhan yang mengatur segala yang berlaku di dunia in i.

Tambahan pula bila kita fikir kita ada “kuasa” untuk membalas pengkhianatan yang dilakukan pada kita.

Jika sebelumnya kita mengharapkan penyelesaian yang dibantu dan ditunjukkanoleh Allah, namun kini kita mula yakin kita boleh menyelesaikan sendiri.

Begitulah yang sering berlaku, bila hati kita tidak sentiasa bersama Allah SWT. Mudah sangat terpesong dan di hasut dan titipu oleh iblis.

Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati MU….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: