Alam Dunia Vs Alam Kubur


Alam kubur dan alam dunia tak sama. Walaupun kita lihat bahawa orang yang mati itu ditanam di dalam tanah, iaitu masih di bumi lagi, tetapi mayat yang telah dikebumikan itu telah berada di dalam alam yang lain.

Sebab itu kalau kita pernah lihat atau dengar bahawa ada orang boleh dengar bunyi ‘jeritan, tangisan dan penderitaan’ melalui alat komunikasi canggih itu adalah penipuan sama sekali.

Nabi SAW pernah mengkhabarkan kepada para sahabat bahawa, sekiranya kita dapat mendengar apa yang terjadi di ‘alam kubub’ kita akan pengsan. Maknanya tidak ada yang akan sanggup ke tanah perkuburan untuk mengkebumikan jenazah saudaranya.

Sesungguhnya setiap alam yang telah dilalui, sedang di lalui dan kan kita lalui, tidak sama. Alam dunia ini tidak sama dengan alam akhirat. Begitu juga alam rahim tak sama dengan alam dunia. Sebab itu kadang-kadang ada orang rasa pelik bagaimana rahim si ibu yang kecil itu dapat menampung anak kembar sehingga atau empat hingga enam orang. Jawapannya alam rahim tak sama dengan lam dunia, walaupun ibu itu sedang hidup di dunia.

Yang penting kita fikirkan ialah, apakah suduh cukup persediaan yang kita buat di alam dunia ini untuk melalui alam barzakh dan alam akhirat.

Agak-agaknya kalau kita mati hari ini, selamatkah kita dari siksa kubur? Kubur di khabarkan oleh Rasulullah SAW sebagai tempat transit kita sebelum kita ke syurga atau ke neraka. Mereka yang kuburnya menjadi satu dari taman-taman syurga, maka itu tanda dia akan ke syurga, dan mereka yang kuburnya menjadi sebagai satu dari lubang-lubang neraka maka itu tanda ia akan ke neraka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: