Daftar Haji


Waktu ini kota Mekah dan Madinah sudah mula dipenuhi oleh umat Islam yang berniat dan berpeluang untuk mengerjakan haji tahun ini. Haji adalah rukun Islam yang kelima yang wajib di kerjakan oleh orang Islam sekali seumur hidup. Tidak salah mengerjakan berkali-kali, tetapi yang diwajibkan sekali sahaja.

Walau bagaimana pun kita memang dianjurkan untuk ke tanah suci selang beberapa tahun.

Rasulullah SAW pun hanya sekali sahaja mengerjakan haji sepanjang hayat baginda. Baginda juga sempat mengerjakan umrah beberapa kali sepanjang hayat baginda.

Sudah sewajibnya kita juga berazam untuk menunaikan haji bagi menunaikan kewajipan kita.
Haji adalah wajib. Tetapi ia adalah wajib yang boleh ditangguhkan sekiranya belum ada kemampuan. Kemampuan itu termasuklah kesihatan, kewangan, kenderaan dan kuota.

Kiranya kita mati dan belum sempat menunaikan haji sewaktu kita hidup adakah keajipan atas kita gugur?

Jawapannya tidak. Kewajipan itu tetap ada. Cuma ia jatuh keatas waris-waris kita yang ada kemampuan untuk mengerjakan haji untuk kita.

Sebab itu kita tak boleh sengaja menangguh-nangguh jika telah ada kemampuan. Daftarlah segera dengan tabung haji bagi membuktikan kita mempunyai azam yang kuat untuk mengerjakannya.

Apatah lagi di zaman orang berlumba-lumba mendaftar kerana tempoh ‘menunggu’ yang panjang.

Diberitakan jika kita mendaftar sekarang tempoh menunggu giliran kita ialah lebih 20 tahun.

Ini bermakna kiranya umur kita sekarang 40 tahun, kita mungkin hanya berpeluang untuk pergi bila umur kita mencecah 60 tahun. Bagaiman keadaan kita waktu itu?

( Kecuali kerajaan Arab Saudi menambah kuota jemaah dari negara kita pada masa akan datang atau rayuan kita di luluskan oleh tabung haji.)

** Perlu diingatkan bahawa mempunyai akaun dengan tabung haji bukan bermaksud kita telah mendaftar untuk mengerjakan haji.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: