Haji Yang Sia-sia


Bila kita telah berjaya mengerjakan haji, maknanya kita telah berjaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Sepatutnya rukun-rukun yang empat lagi itu juga telah kita sempurnakan tanpa ada apa-apa masalah bila tiba masanya.

Maksud saya, kita tidak ada masalah untuk menunaikan solat lima waktu, puasa ramadhan, mengeluarkan zakat dan memelihara syahadah kita. Sebab kelima-lima perkara ini adalah asas (foundation) bagi seorang Islam.

Ini tidak bermakna bahawa bila balik haji kita tak perlu buat apa-apa, sebab merasakan rukun Islam kita telah sempurna. Kita kena faham bahawa rukun itu asas yang wajib dilakukan oleh seorang Islam, sedangkan Islam itu adalah Ad-din. Islam itu merangkumi seluruh kehidupan kita.

Melaksanakan lima rukun Islam tidak bermakna kita telah terlepas dari siksa neraka Allah SWT. Tidak bermakna kita boleh “direct” ke syurga Allah SWT. Banyak lagi kewajipan sebagai seorang Islam yang wajib kita lakukan. Dan banyak lagi perkara yang dilarang Allah yang perlu kita tinggalkan.

Contohnya, tidak wajar bagi seorang yang telah mengerjakan haji, tetapi masih
tidak yakin untuk memberi sokongan supaya hukum-hukum Allah dapat di tegakkan. Tidak wajar bagi seorang yang telah mengerjakan haji, tetapi masih meragui bahawa undang-undang Allah boleh dilaksanakan di dalam masyarakat majmuk. (apakah Allah tak tahu bahawa di negara kita ini masyarakatnya majmuk?)

Tidak wajar bagi seorang yang telah mengerjakan haji, tetapi masih merperjuangkan semangat bangsa atau nasiaonalisme, kerana itu tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW. Tidak terdapat di dalam sejarah, Nabi SAW mengutamakan dan memperjuangkan bangsanya.

Kiranya Rasulullah SAW berjuang atas nama bangsa, bolehkah bangsa selain arab untuk menerima Islam? Sampaikah Islam ke Nusantara? Kiranya semangat bangsa itu tidak salah sudah pasti ada hasith-hadith yang menunjukkan bahawa Rasulullah memperjuangkan bangsa arab. Tetapi hakikatnya memang tidak ada.

Ingatlah, kita perlu waspada dengan perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah lebih dari kita memelihara dari perkara-perkara yang membatalkan solat dan puasa.

Janganlah sampai ibadah haji kita menjadisia-sia sebab Islam kita terbatal kerana kita menolak sebahgian hukum-hukum Allah yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.

Ya Allah kami berlindung dengan Mu dari menjadi kafir setelah beriman…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: