Peringkat Pendosa


Seorang yang gemar melakukan dosa itu sebenarnya bukan dilahirkan sebagai seorang yang gemar berbuat dosa. Dia telah melalui peringkat-peringkat tertentu sebelum menjadi orang yang suka membuat dosa. Dia juga bukan membuat dosa secara tiba-tiba. Pasti dia telah melalui peringkat terentu sehingga sekarang dia menjadi ‘penganjur dan pembela’ dosa.

Peringkat yang dilalui untuk menjadi pendosa tegar :

1. Rasa bersalah bila buat dosa
Kali pertama melakukannya dia akan rasa bersalah melakukannya. Timbul rasa menyesal dan ada azam untuk tidak mengulanginya

2. Tidak rasa apa-apa bila melakukan dosa
Setelah mengulangi dua tiga kali dia mula rasa tidak bersalah. Datang hasutan yang menyatakan orang lain pun ramai yang melakukan.

3. Rasa seronok melakukan dosa
Bila tidak melakukan dosa, dia mula rasa kekosongan dalam dirinya. Ada rasa ketagih untuk melakukan dosa.

4. Menjadi penganjur dan pembela dosa
Waktu ini dia menjadi begitu bangga dengan dosa yang dilakukannya. Kalau dulu dia rasa berdosa bila melakukan dosa tersebut, sekarang dia menggalakkan orang lain melakukkannya. Kiranya ada orang yang cuba mencegah dosa yang dilakukan oleh orang lain, dia sanggup menjadi pembela kepada orang yang melakukan dosa tersebut.apakah

Sebab itu bila terlalu lama sangat bergelumang dengan dosa sehingga menjadi penganjur dan pembela dosa, golongan ini amat sukar untuk bertaubat, kecuali dngan usaha yang bersungguh-sungguh dan hidayah dari Allah SWT.

Kalau mereka menjadi pemimpin, mereka amat takut untuk melaksanakan hukum-hukum yang telah di tetapkan Allah di dalam Al Quran, kerana kemungkinan besar hukuman tersebut akan menimpa diri mereka sendiri.

Menurunkan mereka dari puncak kekuasaan adalah jalan terbaik untuk menyedarkan mereka dan menginsafkan mereka atas dosa-dosa mereka.

Menurunkan mereka dari puncak kekuasaan adalah tanda kasih sayang kita kepada mereka.

Membiarkan mereka terus berkuasa menandakan tidak kisahnya kita balasan neraka yang akan ditimpa keatas mereka di akhirat kelak.

Tidakkah kita memikrkannya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: