Semuanya sekejap


Ingat tak peristiwa kita masa kecil dulu? Macam baru lagi ia berlaku. Peristiwa di sekolah rendah? Masih tergambar lagi. Kes-kes di sekolah menengah? Lagi jelas dan boleh ‘story’ satu persatu.

Peristiwa di universiti? Hari pertama di alam pekerjaan? Majlis perkahwinan? Saat gembira mendapat cahaya mata pertama?

Semua perkara tersebut macam baru sahaja berlaku.

Alam kanak-kanak kita sekejap sahaja. Alam persekolahan kita sekejap sahaja. Alam universiti pun sekejap sahaja. Saat berbulan madu pun sekejap sahaja.

Semuanya memang sekajap. Seronoknya pun sekejap sahaja. Sebab apa?

Sebab hidup kita di dunia ini memang sekejap sangat.

Lama sangatkah 60 hingg 80 tahun?

Lama sangatkah 20 atau 30 tahun lagi? (kalau sampai….umur Nabi SAW)

Kita sahaja yang menggila mencari harta, mencari wang, membesarkan rumah, mengejar pangkat, menagih keseronokkan macam nak hidup lama sangat di dunia ini.

Kita sahaja yang menggila lebih gila dari orang gila.

Hingga kita lupa Tuhan, lupa mati, lupa kubur, lupa padang mahsyar, lupa hari hisab, lupa titian sirath, lupa pembalasan Allah SWT.

Hinggakan nak diri solat lima waktu pun berat.

Hinggakan nak mencecah kaki di masjid sekali sehari pun tak larat.

Hinggakan nak menuntut ilmu agama seminggu sekali pun malas.

Tapi….

Kita masih tak mengaku kita ni cinta dunia dan tak ingat mati!

Kita masih tak mengaku kita ni cinta dunia dan tak ingat mati!

Kita masih tak mengaku kita ni cinta dunia dan tak ingat mati!

Kita masih tak mengaku kita ni cinta dunia dan tak ingat mati!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: