Peguam Dan Saksi


Kita semua ingin memiliki harta. Biasanya setiap orang hendak mempunyai rumah sendiri. Tak ramai orang yang sanggup menyewa sahaja sampai akhir hayatnya. Rugi bayar sewa setiap bulan dibandingkan dengan membayar ansuran rumah yang dibeli secara berhutang.

Kalau yang dah ada satu rumah, datang pula keinginan untuk rumah kedua malah ada yang nak sediakan rumah seorang satu untuk anank-anak sebelum dia meninggalkan dunia ini. Tak salah memiliki banyak harta seperti rumah berapa buah pun.

Cuma kita kena ingat sekiranya rumah kita lebih dari sebuah, hasil pedapatan dari rumah kedua itu perlu di bayar zakat. Jika tidak, mati kita nanti dalam keadaan berhutang dengan Allah SWT. Susah kita….

Ramai yang faham dan ingin menghayati agama sepenuhnya , akan menggunakan pembiayaan cara Islam untuk mengelak dari dengan terlibat riba. Memang sangat di tuntut agama sebab dosa riba ini amat besar sehingga dijelaskan di dalam Al Quran, Allah memerangi mereka yang bermuamalah dengan riba.

Satu perkara yang ramai tak perasan ialah urusan di waktu kita memiliki rumah tersebut. Biasanya pihak pemaju akan menyediakan peguam mereka sendiri dan minta kita menggunakan khidmat peguam tersebut. Sekiranya peguam tersebut seorang Islam mungkin tak jadi masalah, tetapi bagaimana sekiranya peguam tersebut seorang kafir?

Peguam yang terlibat sebenarnya bertindak juga sebagai saksi di dalam urusan jual beli tersebut . Sedangkan di dalam Islam mereka yang layak menjadi saksi atas apa-apa urusan hendaklah seorang Islam yang di percayai. Orang Islam yang fasik pun tak layak menjadi saksi. Apatah lagi seorang kafir.

Jadi adakah kita pernah memikirkannya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: