Beristighfarlah…


Selesai saja solat Rasulullah SAW akan mengucapkan astghfirullah….astaghfirullah….astaghfirullah…. seperti yang di beritakan oleh Saidatina Aisyah r.h.

Rasulullah SAW solatnya khusyuk. Tidak ada cacatnya. Tapi baginda tetap beristighfar selesai solat.

Kita? Berapa % dari solat yang kita dirikan, hati kita hadir dan ingat pada Allah? Sepatutnya kita perlu lebih banyak beristighfar selepas solat.

Kita diajar selalu memohon ampun kepada Allah selesai saja kita membuat kebaikan samada solat, puasa, sedeqah, menolong orang, haji dan sebagainya.

Firman Allah dalam Al Baqarah 199 yang bermaksud

“. Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Mengapa kita di suruh untuk memohon ampun selepas membuat sesuatu kebaikan? Bukan sahaja selepas membuat kejahatan?

Kerana semua kebaikan yang kita buat tak ada yang sempurna.

Lihatlah solat kita. Perhatikan sedeqah dan zakat kita. Begitu juga puasa kita. Ingat semula pertolongan kita pada orang lain. Apatah lagi “haji” kita. Mana ada yang sempurna. Mesti ada saja cacat celanya. Bukan sedikit.

Yang menyedihkan lagi adakalanya kita rasa sudah sangat bagus kerana dapat melakukan sedikit kebaikan, sehingga timbul rasa ria’, ujub, sumaah, takbur dan pelbagai penyakit hati. Sudah pasti jika kita tidak beristighfar sia-sia saja amalan yang kita lakukan. Nauzubillah.

Astaghfirullah…..Astaghfirullah…..Astaghfirullah..Astaghfirullah……..Astaghfirullah…..Astaghfirullah…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: