Pokok Kelapa Vs Lalang


Allah ciptakan sesuatu itu pasti ada manafaatnya. Cuma mungkin kita tidak dapat memikirkannya dan menemui apa manafaatnya lagi.

Pokok kelapa memang di ketahui mempunyai banyak kegunaannya. Buahnya, sabutnya, daunnya, tempurungnya, hampasnya, lidinya, semuanya ada kegunaan. Itu sewaktu pokok itu masih hidup. Ketika ia telah mati umbutnya di manafaatkan. Batangnya pun di guna manusia untuk membuat titi atau jambatan.

Berbeza dengan lalang, kehadirannya bagai sangat tidak diperlukan. Hadirnya di halaman rumah menyemakkan. Walau di tebas dan di racun biasanya akan tetap tumbuh kembali. Waktu ia hidup ia dibenci, setelah mati pun dibimbangi masih meninggalkan ‘zuriatnya’.

Walaupun demikian, masih ada yang dapat manafaat dari kehadiran lalang di muka bumi ini. Sekurang-kurang ia memberi pendapat kepada pengeluar-pengeluar racun rumpai, pengedar, pemborong dan peruncit racun tersebut. Malah pemotong rumput pun dapat hasil dari kehadiran lalang ini.

Jika lalang pun ada manafaatnya, apakah kita yang di jadikan oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian ini tidak memikirkan untuk memberi manafaat kepada agama kita sewaktu hidup kita?

Apa sumbangan kita kepada agama sebelum ini?
Apa sumbangan kita kepada agama waktu ini?
Apa sumbangan kita kepada agama di penghujung hidup kita ini?

Atau….
kita hidup hanya untuk ‘memalukan’ Islam?
kita hidup hanya untuk ‘menyusahkan’ Islam kerana dosa dan maksiat yang kita lakukan?
kita hidup hanya untuk berseronok-seronok sementara menunggu mati?

Kalau pokok kelapa boleh memberi manafaat sewaktu hidup dan selepas mati, apakah kita tidak malu kiranya hidup kita di dunia ini hanya untuk menunggu mati sahaja?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: