Dulu dan kini


Setiap hari kita sibuk. Semakin banyak teknologi moden yang membantu kita melaksanakan tugas seharian kita, semakin banyak pula rasanya kerja kita. Semakin maju dunia ini, manusia semakin sibuk dan semakin tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Dahulu, datuk nenek kita hanya bekerja di belakang rumah sahaja atau ke kebun yang berhampiran dengan rumah, mereka tak ada kenderaan dan tak perlu pun ‘handphone’ uuntuk melakukan tugasan mereka.

Dahulu, mereka pun tak ramai yang ada televisyen, yang ada radio kecil sahaja. Itu pun jarang digunakan. Diguna sekali sekala untuk dapat berita semasa. Jarang sekali untuk hiburan.

Pendek kata hidup mereka ‘simple’ tapi bahagia. Anak-anak ramai yang ‘menjadi’ walau tiada bantuan ‘tiusyen’.

Mereka juga sempat ke masjid walau pun tiada motosikal, apatah lagi kereta. Sempat juga mereka mengikuti kelas pengajian di masjid atau madrasah di kampung mereka.

Berbeza sangat dengan kita. Walaupun banyak kemudahan tapi diri kita tak dapat menggunkan kemudahan-kemudahan tersebut untuk semakin mendekatkan diri kita kepada Tuhan pencipta sekelian ‘alam.

Kita gunakan ‘kemodenan’ hari ini hanya untuk berseronok dan berhibur semata-mata. Gilanya masyarakat hari ini dengan hiburan sampaikan PM kita merancang supaya negara kita ini di jadikan ‘hab hiburan’ dengan memperbanyakkan lagi pusat hiburan dan menambah operasi pusat hiburan tersebut. Menyedih dan menakutkan….

Ya Allah lindungi kami dari bencana di sebabkan kejahatan pemimpin-pemimpin kami….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: