Akan Tiba Masanya


Hari ini kita mampu buat macam-macam perkara sendiri. Tak perlu bantuan orang lain. Kita boleh mandi sendiri. Kita boleh pakai baju sendiri. Kita boleh makan minum sendiri. Kesana kesini pun sendiri.

Bila kita dapat melakukan banyak perkara sendiri, kadang-kadang kita rasa kita tak perlu sangat bantuan orang lain. Kesannya kita kurang merasa penting untuk bercampur dengan masyarakat sekeliling. Kita hanya berhubungan mereka yang kita ada kepentingan diri sahaja.

Biasanya atas urusan kerja atau kerjaya kita. Atau sebab ingin bersukan, berseronok dan berhibur sahaja.

Akibatnya kita tak bercampur dan ambil peduli dengan jiran tetangga dan masyarakat sekampung dan setaman dengan kita. Jemaah surau dan masjid pun kita tak ambil peduli. AJK masjid pun kita tak kenal. Nazir, siak, bilal bahkan imam tempat kita pun kita tak kenal dan tak rasa perlu kenal pun.

Kita lupa…

Kita lupa akan tiba satu masa semua perkara kita dah tak mampu buat sendiri. Semua perkara orang lain perlu tolong lakukan untuk kita.

Pada mulanya mungkin kita masih boleh makan dan minum lagi dengan disuapkan oleh orang lain atau disalurkan melalui tiub kedalam tubuh badan kita. Tapi akhirnya akan tiba waktunya memang kita tak perlu makanan dan minuman lagi.

Waktu itu orang lain akan tolong mandikan kita. Orang lain akan tolong pakaikan kita pakaian berwarna putih biasanya. Orang lain juga kan tolong sembahyangkan kita. (setelah mereka tolong azan dan iqamatkan kita dahulu)

Waktu itu juga orang lain akan tolong ‘bawa’ kita destinasi terakhir kita di dunia ini. Bahkan orang lain juga yang akan tolong ‘memasukkan’ kita ke suatu tempat tinggal yang kita tak perlu nak bayar duit sewa bulanan atau ansuran bulanan.

Ya….

Banyak sungguh jasa orang lain yang kita perlukan sewaktu kita berpindah ke destinasi terakhir kita di dunia ini.

Waktu kita hidup senang dan sihat, kita tak kenal dan tak mahu kenal pun dengan mereka ini. Kalau kita kenal pun sekadar kenal begitu sahaja. Tak pernah kita nak cuba merapati mereka atau memahami dan membantu tugas-tugas mereka.

Untuk buang secebis tahi cicak yang kita ternampak (Allah takdirkan kita melihatnya) di masjid pun kita berkira-kira melakukannya…

Untuk tolong membersihkan tandas masjid selepas kita tumpang gunakan, kita rasa itu pun bukan tugas kita.

Entahlah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: