Apa yang tinggal untuk kita?


“Siapa antara kita yang berani jamin dia akan diberi peluang untuk bangun semula selepas tidur malam ini?”

Soalan yang pernah saya ajukan dulu betul-betul mengetuk fikiran saya semalam. Berat sungguh untuk ini, malah tidak mungkin ada yang berani menjawab, “ya, saya jamin.”

Tidak ada, walau seorang. Ada yang cuba hendak menjawab, tapi masih gagap-gagap, takut-takut.

4 orang kawan saya telah meninggal dunia, semuanya sebaya. Dua orang daripada akibat kemalangan motorsikal, koma dan meninggal. Seorang meninggal kerana kanser serviks. Dan seorang lagi kerana sakit jantung.

Masih ingat tragedi bas Delima Oktober lalu yang meragut 12 nyawa? Masih ingat 4 daripadanya hanya berusia 18, 19 dan 21?

Kullu nafsin zhaiqatul maut (setiap yang bernyawa akan menghadapi mati) – ramai yang tahu ayat ini, dengan maksudnya sekali. Cuma tidak ada seorang pun antara kita yang tahu bila ‘tarikh keramat’ kita.

Apa yang tinggal untuk kita?

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga hal;

(1) Sedekah jariyah,

(2) Ilmu yang bermanfaat

(3) Anak saleh yang mendoakannya

–Hadis Riwayat Muslim

Saya baru berumur 22 tahun, jika ditakdirkan hari ini saya meninggal, peluang (3) sah-sah bukan milik saya. Peluang (1) ? Mudah-mudahan ada, insyaAllah. Hanya peluang (2) yang mampu saya manfaatkan sebaiknya hari ini, sekurang-kurangnya sempat saya sampai walau hanya satu ayat, walau hanya melalui internet.

Media baru

Media baru seperi Facebook, Twitter, Youtube, blog dan lain-lain lagi adalah antara cara yang cukup dan efektif untuk kita memanfaatkan peluang (2).

Kita boleh baca berita itu berita ini, cerita orang itu, gosip artis ini, serta bermacam lagi, apa salahnya sekali sekala baca artikel yang baik-baik, dan lepas baca berkongsilah.

Tidak takutkah kita lebih memanfaatkan media baru untuk maksiat? Saya tidak berniat mengeluarkan hukum, tapi saya takut ketika ini media baru menjadi haram untuk kita.

Tidak takutkan kita lebih gemar berkongsi sesuatu yang tidak elok lebih banyak dari yang elok?

Tidak takutkah kita lebih banyak ‘Like’ benda yang tidak elok berbanding yang baik?

Tidak takutkah kita meninggal ketika sedang asyik berFacebook? Kalau sedang asyik membaca atau melihat yang baik Alhamdulillah. Kalau sebaliknya? Nauzubillahhi minzalik.

Manfaatkanlah!

Malaysia mempunyai lebih 8.8juta rakyatnya yang berdaftar sebagai pengguna Facebook, maka manfaatkanlah. Inilah peluang (2) kita.

“Poyolah kau! Macamlah kau baik sangat.”

Mahu jadi baik (soleh), biarlah poyo pun. Tak poyo pun, kalau tak baik buat apa, kan?

Cara hidup kita di dunia akan menentukan bagaimana cara hidup kita di alam barzakh dan akhirat nanti.

Dan segalanya bermula dari bagaimana kita menentukan cara hidup kita di dunia selagi hayat masih ada.

– Artikel iluvislam.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: