Jangan Berhenti Bersyukur


Pagi ini kita boleh bangun lagi. Alhamdulillah. Sebab ada juga yang malam tadi dia tidur dan tak bangun-bangun lagi.

Lepas sedar dari tidur, kita masih boleh berdiri. Alhamdulillah. Sebab ada yang sedar dari tidur, tapi badan mereka tak boleh digerakkan lagi. Mereka lumpuh.

Selepas itu kita kejutkan ahli keluarga kita untuk solat subuh, semuanya boleh bangun lagi. Alhamdulillah. Sebab ada yang bangun bagi ini kena menguruskan jenazah ahli keluarganya.

Pendek kata, setiap hari banyak yang perlu kita panjatkan rasa syukur pada Allah SWT atas segala nikmat yang di berikannya kepada kita. Sekiranya kita sentiasa menyedari banyaknya nikmat yang Allah anugerahkan pada kita setiap saat, maka lidahlah kita tak akan mampu berhenti untuk mengucapkan Alhamdulillah.

Contohnya, jantung kita sentiasa mengepam darah dan mengangkut oksigen tanpa kita buat apa-apa. Baik waktu kita jaga atau tidur. Apa jadi jika Allah hentikan jantung kita dari bekerja sewaktu kita tidur? Apa berlaku kiranya kita hanya mampu menyedut udara sewaktu kita sedar sahajaseperti kita makan dan minum?

Tanda syukur kita pada Allah perlu kita buktikan dengan

1. hati – ‘rasa’ bersyukur
2. ucapan – alhamdulillah
3. perbuatan – melaksanakan perintahnya dan meninggalkan larangannya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: