Taubat


Diantara keunikan Islam ialah adanya perintah “taubat”. Carilah ajaran atau bidang ilmu selain dari Islam pasti kita tak bertemu dengan kaedah ‘taubat’ seperti yang di ajar oleh Islam.

Memang agama lain juga ada yang menyuruh penganutnya bertaubat, tetapi cara mereka amat berlainan dengan Islam.

Taubat maksudnya “kembali”.

Mereka yang membuat kesalahan atau dosa di minta untuk kembali semula kepada Allah dengan rasa menyesal, berazam untuk tidak mengulangi lagi kesalahannya dan memohon ampun kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukaknnya.

Jika melibatkan kesalahan dengan manusia lain, mereka mesti juga memohon maaf kepada orang tersebut. Jika ia mengambil hak orang lain ia mesti memulangkan kembali hak orang tersebut. Tidak cukup sekadar memohon ampun kepada Allah sahaja.

Ini yang menjadikan taubat dalam islam cukup ‘unik’ sekali.

Bayangkan sekiranya kesalahan pada manusia hanya cukup sekadar memohon pada Allah semata-mata, pasti banyak masalah yang akan timbul dalam hubungan sesama manusia.

Mereka yang melakukan kejahatan pada orang lain, pasti akan berlepas tangan sahaja diatas kejahatan mereka sekiranya Allah memngampunkan mereka tanpa perlu mereka memohon maaf kepada orang yang mereka buat kejahatan.

Di sekeliling kita ramai sekali orang yang tidak faham tentang taubat ini , merasakan cukup sekadar memohon ampun kepada Allah sahaja sewaktu mereka ‘tua’ kelak walau pun kesalahan mereka itu melibatkan manusia lain. Kalau ini dizinkan Allah maka Allah tidak berlaku adil kepada orang tersebut. Sesungguhnya Allah yang maha Adil itu tidak pernah dan tidak akan berlaku zalim kepada hambaNya.

Kalau ini difahami oleh semua orang yang mengaku beriman, maka pasti tidak ada yang sanggup berlaku zalim kepada orang lain. Pasti tidak ada yang sanggup mengambil hak orang lain.
Apa guna kita ambil hak orang lain, tetapi kemudian terpaksa memulangkannya? Apa faedah kita memfitnah orang, kemudian kita perlu mengakuinya dan meminta maaf pada nya bila kita ingin bertaubat pada Allah SWT?
Adakah kita memikrkannya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: