Berkat @ Barakah


Kita sering mendengar perbahasan tentang rezeki yang berkat . Ramai orang ambil berat tentang rezeki yang halal untuk di beri makan kepada ahli keluarga mereka supaya rezeki itu berkat.

Apa maksud berkat sebenarnya?.

Dari segi bahasa berkat atau “barakah” bermaksud bertambah dan berkembang. ia menunjukkan ‘kebaikan yang banyak’.

Jika sebelum makan kita mohon Allah memberkati makanan kita, maksudnya kita minta makanan itu bermanafaat untuk kesihatan tubuh badan kita supaya tubuh kita kuat, tidak berpenyakit dan jiwa terasa ringan untuk melakukan benda yang bermanaafaat untuk hidup kita di dunia dan di akhirat.

Tapi, selain dari keberkatan rezeki, keberktan ‘waktu’ juga penting.

Keberkatan waktu bermaksud keberkatan hidup. Kita di ciptakan untuk tugas yang banyak dan penting. “Waktu” adalah modal utama kita untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah.

Tanpa keberkatan ‘waktu’ dan pengurusan masa yang bijak, sukar untuk kita melaksanakan amanah yang banyak dalam hidup kita yang singkat di dunia ini.

Dan keberkatan waktu dan rezeki ini hanya boleh di dapati dengan iman dan taqwa sahaja.

Firman Allah swt:

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi,(kemakmuran) tetapi mereka mendustakan [ayat-ayat Kami] itu, maka Kami siksa mereka (dengan kemiskinan dan kekacauan ) disebabkan perbuatannya. Al-‘Araf (96).

Sebab itu kita lihat ulama-ulama dahulu dapat melakukan banyak perkara dalam hidup mereka yang penuh berkat. Ada yang menulis beratus-ratus kitab yang tebalnya berjilid-jilid disamping mengajar dan mempunyai beribu-ribu murid.

Kita nak menulis sehari satu mukasurat pun tak berupaya. Apa tandanya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: