Pujian


Kita ini sebenarnya terlalu lemah sangat . Cuma kita sahaja kadang-kadang rasa kita ini hebat. Lebih-lebih lagi bila kita dipuji oleh orang lain. Lagi ramai orang memuji kita lagi kita rasa hebat.

Tapi sebenarnya bila kita rasa hebat bila kita dipuji orang, itu bukti dan tanda kita terlalu lemah. Kenapa saya kata begitu?

Sebab kita memerlukan pujian orang lain untuk rasa hebat. Bila orang tak puji kita pun tak rasa diri kita hebat.

Hakikat sebenarnya kita memang manusia yang lemah. Kekuatan yang kita ada sebenarnya anugerah yang sebenarnya di pinjamkan sementara oleh Allah SWT.

Sewaktu kita masih muda Allah pinjamkan kita kekuatan tubuh badan paling maksima. Bila kita semakin tua kekuatan tubuh itu di tarik balik.

Sewaktu kita muda juga Allah pinjamkan kita kesihatan yang optima, ketajaman fikiran, semangat yang membara dan sebagainya. Tapi, semakin umur kita meningkat semua itu akan di tarik balik oleh Allah SWT. Biasanya secara sedikit demi sedikit. Ada juga yang secara tiba-tiba. Itu semua hak Allah. Dia boleh melakukan apa saja kepada sesiapa sahaja mengikut kehendak Nya.

Kalau kita sedar hakikat ini, maka kita tak akan rasa diri kita hebat walau pun kita dipuji orang. Malah kita amat takut di puji orang, kerana kita sedar segala kekuatan dan kelebihan itu datangnya dai Allah SWT.

Segala puji-pujian itu hanya milik Allah Tuhan sekelian ‘alam.

Bukankah itu yang kita ulang-ulangkan setipa kali membaca Al-fatihah?

Maka, beristighfarlah segera bila ada orang memuji kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: