Selamat Tinggal 2010


Apa yang telah berlaku, telah berlaku. Semuanya dengan izin Allah SWT. Apa yang kita rancang ada yang terlaksana dan ada yang tidak. Bila Allah izinkan, apa yang kita rancang akan berlaku. Tetapi jika Allah tak izinkan , berusaha sekuat mana pun ia tak berlaku.

Ingat, kita hanya mampu mentadbir. Takdir itu hak Allah SWT. Kita di beri pilihan untuk mentadbir, berdoa dan bertawakkal. Keputusan akhir hak Tuhan yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.

Tapi kita kena yakin bahawa segala takdir Allah itu baik. Cuma kita yang sangat lemah ini tak tahu dan tak nampak lagi bahawa segala takdir Allah itu baik. Itu memang sifat manusia. Jarang redha dengan takdir Allah, kecuali dalam perkara-perkara yang mengembirakan dirinya serta merta.

Tamat 2010 hari ini. Banyak peristiwa yang mengembirakan dan tak kurang yang menyedihkan telah berlaku sepanjang tahun.

Yang penting bukannya peristiwa itu peristiwa sedih atau peristiwa gembira, tetapi apakah dalam setiap peristiwa yang berlaku itu kita mencapai redha Allah atau tidak.

Yang penting bukan banyak mana yang kita dapat dan sebanyak mana kita ‘memberi’, tetapi apakah dalam setiap yang kita dapat dan beri itu ada redha Allah atau tidak.

Yang penting bukan awal atau akhir tahunnya, tapi apakah kita telah melakukan segala-nya sepanjang masa dengan niat untuk mencapai redha Allah atau dengan niat yang lain?

Ya Allah aku mengharapkan redha Mu, maka redhalah aku sebagai hamba Mu…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: