Yang Paling Dibenci


Apa perkara yang paling kita benci dalam hidup kita? Bukan siapa, tapi apa. Kerana sebagai hamba Allah yang tak sebaik mana pun tak sepatutnya kita membenci hamba Allah yang lain. Kita boleh benci dengan perbuatannya, tingkahlakunya dan sikapnya, tetapi tidak pada tubuh badannya.

Kalau kita benci seseorang kerana perbuatannya, bagaimana kita hendak mengajak dia berbuat kebaikan? Bagaiman kita hendak menasihati dia?

Sebenarnya banyak perkara yang dibenci oleh manusia didunia ini atas pelbagai sebab. Sehingga terbabas membenci pada yang tak sepatutnya, dan tidak membenci pada perkara yang sepatutnya dibenci.

Sepatutnya perkara yang paling dibenci ialah dosa. Dosa kecil dan dosa besar. Dosa zahir atau dosa batin. Segala perkara yang membuah dan menghasilkan dosa. Tak kiralah samada sebab hati, perbuatan, percakapan atau sebab ‘diam’ kita. Itu yang sepatutnya.

Kenapa?

Kerana dosa itu sumber kemurkaan Allah SWT kepada kita. Kita yang mengaku hamba Nya. Kita yang mengaku mencintai Nya.

Kerana dosa itu sebab kita putus dari rahmat dan kasuh sayang Allah.

Kerana dosa itu penyebab utama kita akan di masukkan ke dalam neraka Allah SWT. Na’uzubillah min zaalik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: