Kes Ragut


Boleh dikatakan setiap hari kita akan terbaca atau mendapat berita berbagai jenis jenayah yang berlaku di dalam negara ini. Hingga kadang-kadang kita tak rasa apa-apa bila mendengarnya. Orang kata dah tak hairan.

Rompak, bunuh, rogol, curi, cabul, pukul, ragut dan sebagainya. Beritanya dah sensasi sebab terlalu kerap di siarkan di akhbar dan media elektronik.

Yang pasti, hidup kita dah mula rasa tak berapa tenang dan selamat. Nak lepaskan anak-anak bermain di luar rumah pun ada rasa bimbang. Bahkan perjalanan pergi dan balik anak ke sekolah pun sesuatu yang patut di bimbangi dan di atur dengan teliti.

Mungkinkah ini ‘bala’ berbentuk ‘ketakutan’ yang di beri amaran oleh Allah SWT di dalam Al-quran di sebabkan kita meninggalkan perintahnya dan melaksanakan larangannya?

Kita mungkin boleh melaksanakan pesanan Rasulullah SAW denagn sentiasa menjaga wudhuk kita sepanjang masa untuk kebaikan dan keselamatan kita di dunia ini. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang yang berwudhuk akan sentiasa di jaga oleh malaikat di kiri dan kanannya.

InsyaAllah dengan sentiasa berwudhuk dan ditambah dengan sentiasa mengamalkan ‘ayat kursi’ (dengan mengahayti dan memahami maksudnya) kita sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan terselamat dari menjadi mangsa penjenayah.

Tapi disamping itu jangan lupa untuk bersama-sama berjuang atau sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada perjuangan Islam untuk menegakkan syariat Allah dan syiar Islam di negara kita ini khususnya, dan di seluruh alam ini amnya.

Semoga Allah sentiasa meredhai kita dan menurunkan rahmatnya kepada kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: