Kita Hamba


Setiap hari kita diperintah menyembah Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Itu yang wajib. Tak boleh ditinggalkan bagi yang telah cukup syaratnya. Dari kita bangun di subuh hari hingga ke waktu malam kita perlu melakukannya dengan penuh ikhlas.

Persoalannya ialah semasa kita melakukannya adakah kita merasa diri kita ini hambaNya? Sewaktu kita berdiri, sujud, rukuk dan sebagainya di dalam solat tersebut adakah kita sedar kita hamba Nya yang lemah dan sangat memerlukan Nya?

Atau kita hanya sekadar solat untuk melepaskan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam?

Itu ketika solat. Di luar solat bagaimana?

Berapa kerapkah kita merasai kita ini hamba Nya yang sentiasa di perhatikan oleh Tuhan kita?

Jika tidak, ini mungkin kita tak rasa gembira menjadi hamba Nya. Mungkin kita tak faham bahawa Tuhan kita cukup menyayangi hamba-hambanya yang taat perintah Nya. Mungkin kita tak faham bahawa Tuhan kita kita menyayangi hamba-hamba Nya yang merendah diri dan meminta-minta kepada Nya.

Menjadi hamba Nya sangat menyeronokkan.

Mengaku hamba Nya sangat menenangkan.

Hilang ria’, takbur, sumaah, sombong yang sangat menyeksakan jiwa.

Marilah kita menjadi hamba Nya yang sempurna sepanjang masa.

Yang sentiasa taat akan Tuhannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: