Berbalah dengan Allah?


Bila kita solat, maknanya kita menyembah Allah SWT. Kita mengaku kita ni lemah dan mohon kekuatan dari Allah. Kita mengaku Allah Maha berkuasa. Kita mengaku Allah yang menentukan hidup dan mati kita. Kita mengaku rezeki kita Allah yang beri. Kita mengaku Allah Tuhan sekelian alam. .

Itulah diantara yang kita akui dalam bacaan dan doa-doa kita di dalam solat.

Tak berani kita untuk mengaku kita hebat di hadapan Allah waktu kita solat.

Tapi habis sahaja solat, apa berlaku?

Ada yang terus berjiwa hamba dan merasa diri kerdil walau pun di luar solat.

Tapi ada juga mula berbalah dan menentang Allah secara terbuka selesai sahaja mereka solat. Mereka mula menyatakan hukum yang ditetapkan oleh Allah tak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk. Mereka mula menentang orang yang nak menegakkan syariat Allah dan syiar Islam. Mereka meneruskan usaha memburukkan Islam dikalangan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam takut untuk menyokong Islam. Dan berbagai tindakan mereka lakukan yang menunjukkan mereka sebenarnya sedang berbalah atau berkelahi dengan Allah SWT.

Pelikkan. Waktu mereka solat siapa yang mereka sembah? Adakah Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mereka lawan selesai solat?

Bertaubatlah. Allah itu bukan Tuhan dalam solat sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: