Merokok Di Pejabat : Apa Hukumnya?


Oleh: adie79 (tranungkite.net)

24070_1304783774735_1084713685_30721480_6816215_a.jpgDengan mempelawa para pembaca sekalian memahami dan menjauhi amalan karut dan merosakkan, saya ingin mengajak pembaca sekalian supaya kita sama-sama menjauhi amalan yang memusnahkan pahala kebaikan yang kita lakukan.

Umum mengetahui bahawa merokok adalah tidak baik. Bagi mereka yang kaki rokok,imam-imam yang menghisap rokok, ustaz-ustaz yang mengisap rokok,mereka ini akan tetap mempertahankan hujah mereka dengan mengatakan bahawa MEROKOK HUKUMNYA MAKRUH DAN BUKANNYA HARAM.

Namun bagi mereka yang sependapat dengan saya…dan mengambil kira fatwa ulama muasarah dan terkini…maka jumhur ulama mengatakan bahawa merokok adalah HARAM dan bukannya lagi makruh.

Sebenarnya hukum merokok tidak perlu kepada fatwa. Cukup dengan sekadar kajian yang dilakukan oleh para doktor. Ianya jelas membawa keburukan berbanding kebaikan. Pembaziran, akhlak, kekotoran,kebakaran dan sebagainya…adalah contoh mudah yang menjadi asas kepada betapa haramnya merokok ini.

Pejuang-pejuang yang mengaku menyokong parti Islam juga ramai yang berperangai bodoh seperti lembu ini ( mengambil kata-kata TGNA ). Tuan-tuan dan puan-puan boleh melihat dan menyaksikan ketika ceramah politik berlangsung. Asap berkepul-kepul naik ke udara,sama banyaknya dengan asap peniaga yang berniaga di kawasan ceramah itu berlangsung. Kita mengaku pejuang Islam…tetapi benda haram itulah yang kita hisap dan sedut setiap hari. Betapa kita dangkal dan berbohongnya dengan perjuangan kita!!

Tertera di papan kenyataan yang didirikan contohnya : DILARANG MEROKOK.DENDA RM2000 ATAU PENJARA 2 TAHUN, itu contoh yang kita pernah jumpa. Kita pernah jumpa papan kenyataan ini di kawasan hospital…restoran-restoran berhawa dingin…pejabat-pejabat rasmi kerajaan dan sebagainya.

Persoalannya…arahan larangan merokok itu ditujukan kepada siapa? Adakah ianya ditujukan kepada pelawat,tetamu atau pengunjung?Atau kepada kakitangan yang bekerja di premis itu? Atau larangan itu ditujukan kepada semua tak kira siapa pun?

Larangan merokok contohnya di sekolah. Macamana kalau guru sendiri yang merokok? Berdosa atau mendapat pahala? Mungkin ada orang mengatakan ini perkara remeh. Tetapi ia melibatkan dosa dan pahala. Bukannya main-main. Kalau guru sendiri yang merokok, maka arahan larangan tadi dikhususkan kepada muridnya? Logiknya, berapa ramai murid di sekolah yang merokok dan berapa ramai guru di sekolah yang merokok?

Kadang-kadang kita melihat undang-undang hanya untuk orang lain. Tetapi tidak untuk kita.Merokok hukumnya haram. Merokok di kawasan sekolah maka hukumnya menjadi dua kali haram.Kecuali ada peruntukan undang-undang yang digubal…contohnya larangan merokok itu hanya ditujukan kepada tetamu atau pelawat. Manakala kakitangan yang bekerja di premis itu dibolehkan merokok. Sekiranya ada undang2 itu, maka perokok hanya mendapat satu dosa. Iaitu dosa merokok. Tidak dosa melanggar undang-undang. Tetapi jika tiada peruntukan pengecualian itu,maka perokok di premis itu mendapat 2 kali dosa. Sebatang rokok mengundang 2 kali dosa. Dosa rokok dan dosa langgar undang-undang. Itu contoh mudah.

Satu lagi jika larangan itu memperuntukkan pengecualian tempat…contohnya dibolehkan merokok sekiranya terdapat tempat yang khusus yang telah dikhaskan kepada kaki rokok. Maka perokok mendapat satu dosa.Iaitu dosa merokok.

Sebab itulah pendidikan sekarang ini gagal melahirkan manusia yang betul2 berpegang dengan agama.Kerana tenaga pengajarnya sendiri yang membelakangkan agama. Terdapat juga imam masjid dan surau yang merokok. Lepas solat berjemaah…pergi ke kedai minum the tarik dan menghisap rokok. Baru sekejap tadi dapat pahala solat 25…tiba-tiba pahala itu dimusnahkan oleh sebatang rokok yang haram.

Sebab itu nasihat saya…jika terdapat ustaz yang merokok…atau imam yang merokok…sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mahu tahnik (belah mulut) bayi yang baru lahir itu…tak perlulah jemput imam atau ustaz yang merokok. Ini kerana daki dan pati nikotin rokok yang terdapat di dalam mulut imam atau ustaz yang menghisap rokok ini akan berjangkit kepada anak-anak tuan-tuan dan puan-puan. Apabila anak-anak ini dewasa, maka mudah mereka untuk menghisap rokok,kerana mereka telah ditahnik oleh imam dan ustaz yang menghisap rokok ketika bayi.

Carilah orang lain yang lebih baik akhlaknya sekalipun dia bukan imam atau ustaz. Itu lebih berkat berbanding perokok tadi.

Kesimpulannya…jauhi rokok.Jauhi benda haram. Mudahan-mudahan amalan baik yang kita lakukan itu…akan mendidik kita mematuhi syariatNya sepanjang kehidupan di dunia ini.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: