Amalan Soleh


Apa yang kita faham dengan ‘amalan soleh’ ? Adakah sekadar melakukan ibadat atau sekadar membuat kebajikan?
Cukupkah kita dikatakan telah melakukan amal soleh sekadar kita telah menyempurnakan solat, zakat, baca Al-Quran , bersedekah dan pergi haji?.

Para Rasul diutuskan bukan sekadar untuk itu sahaja. Mereka di utuskan untuk membuat ‘penambahbaikan’ pada umat mereka

fasadan.png

Ayat Al-Quran diatas dapat menjelaskan kepada kita tentang amalan soleh.

Ayat ini menjelaskan tentang orang-orang munafik yang dinasihatkan supaya jangan melakukan bencana dan kerosakkan, namun mereka menjawab mereka melakukan penambah-baikkan. Cuba perhatikan, perkataan “fasad” (tufsidu) dan “soleh” (muslihun) adalah dua perkataan utama (yang membawa maksud berlawanan) dalam ayat ini. Inilah kehebatan kaedah Al-Quran, selain dari memberi nasihat dan tunjuk-ajar, ianya juga memberi definasi dan penjelasan kepada sesuatu perkataan, terma, atau konsep. Maka dengan ini kita faham bahawa konsep orang-orang soleh ialah orang-orang yang tidak melakukan kerosakkan dan kemusnahan, dan merupakan orang-orang yang sentiasa melakukan penambah-baikkan.

Allah SWT menjadikan kekuatan manusia terletak pada minda dan persepsi, pada kepercayaan dan keyakinan diri terhadap konsep “amalan solehan”. Lihatlah kepada kekuatan orang-orang yahudi; mereka mengamalkan konsep amalan solehan (continuous improvement). Mereka adalah bangsa hebat dan digeruni. Mereka menambah-baik peralatan senjata, menambah-baik alat-alat perhubungan, dan sebagainya. Begitu juga bangsa Jepun yang menggunakan konsep Kaizen menjadikan mereka ummah ke-dua terbaik di dunia. (dari segi kebendaan)

Orang-orang Jepun menambah-baik kereta supaya menjadi lebih murah, lebih jimat minyak, lebih tahan lama, lebih mudah dibaiki, dan sebagainya. Tetapi kebanyakkan umat Islam membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk memasang sport-rim, side-skirt, spoiler, dan TV/stereo sistem pada kononnya “penambah-baikkan”. Perbuatan seperti ini tidak dikira penambah-baikkan sebab ianya membuatkan kereta itu kurang stabil, kurang selamat, malah merupakan satu pembaziran.

Samalah juga dengan menukar ekzos besar atau yang berbunyi nyaring bukanlah amalan solehan tetapi amalan fasadan, amalan perosakkan sebab ianya mencemar alam sekitar dengan mengeluarkan bunyi yang bising. Begitu juga dengan duduk di dapur dari pagi sampai ke malam memasak berpuluh jenis lauk-pauk (untuk dimakan keluarga sendiri) bukanlah kerja solehah malah satu pembaziran; pembaziran wang, masa, tenaga, kesihatan, dan sebagainya.

Sekiranya umat Islam mahu diperkasakan, mahu kembali memerintah dunia maka mereka mesti kembali kepada Al-Quran, mesti merubah pandangan dan persepsi “amalan solehan”: Amalan solehan adalah kerja penambah-baikkan (continuous improvement) dan bukannya sekadar kerja-kerja kebajikan (charity work) dan ibadat khususiah semata-mata.

Adakah kita memahaminya?

2 responses to this post.

  1. nasihat berguna untuk saya..
    syukran jazilan..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: