Bahagia Vs Kaya


Untuk bahagia dan mendapat ketenangan dalam hidup kita perlu jelas apa yang penting dalam hidup ini. Memang banyak perkara yang perlu kita lakukan setiap hari, hingga kadang-kadang kita tak dapat membezakan mana yang perlu kita utamakan.

Adakalanya apa yang kita buat jelas tersasar dari matlamat dan tujuan yang hendak kita capai. Kegagalan kita sentiasa menyedari matlamat hidup kita membuatkan kita terleka. Akhirnya kebahagian dan ketenangan yang kita inginkan hanya tinggal angan-angan sahaja, sedangkan baki hidup kita semakin hari semakin singkat.

Misalnya kita kata, kita nak bahagia, tetapi yang kita lakukan setiap hari bukan mencari bahagia tetapi menjadi kaya. Pagi, petang, malam, siang yang kita selalu fikir dan usahakan ialah untuk menambah harta. Nak kaya dengan nak bahagia caranya berbeza. Bahagia tidak terletak pada harta. Bukan kita tak tahu, tapi nafsu dan syaitan sering menyebabkan kita ‘terlupa’ sehingga kita sentiasa cuba ‘membenarkan’ tindakan kita.

Cuba berhenti sejenak dan fikirkan. InsyaAllah kita akan menyetujuinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: