Akibat Cinta


Bila kita menyayangi atau mencintai sesuatu kita kena bersedia untuk kehilangannya atau mungkin juga membencinya pada masa mendatang.

Contohnya jika kita menyayangi kereta baru kita, kita juga kena bersedia untuk menghadapi masalah dengan kereta tersebut. Mungkin ia akan rosak, hilang dan sebagainya.

Begitu juga, bila kita menyayangi seseorang atau pasangan hidup kita, kita kena bersedia dan kena ingat bahawa kita pasti akan berpisah dengannya satu hari nanti. Mungkin berpisah hidup atau berpisah mati. Hanya Allah yang tahu.
Sebab itu kita sering diingatkan supaya mencintai seseorang biarlah berpada-pada. Biarlah kerana Allah semata-mata.

Jika kita mencintai seseorang kerana Allah, insyaAllah kita akan redha atas apa jua ketentuan Nya pada masa mendatang.

Kita juga kena ingat bahawa bila kita mencintai Allah, Allah juga mencintai kita. Allah tak akan sekali-kali mensia-siakan cinta kita padanya. Kita juga tak akan ‘kehilangan’ Allah kerana ia tidak akan pernah mati. Hanya Allah yang akan kekal hidup.

Tambahan pula, Allah itu maha Adil. Pasti Dia tak sekali-sekali pernah menzalimi kita. Pasti kita tak akan juga membencinya. Mustahil bagi orang yang benar-benar beriman kepada Nya.

Maka marilah kita meningkatkan cinta kita kepada Allah swt dan cintailah sesuatu atau seseorang hanya kerana Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: