Sekadar Menyelesaikannya…


Kita memang banyak dosa. Hari-hari kita berdosa dengan Allah. Sebab itu kita dijanjikan dengan keampunan oleh Allah bila kita melakukan apa-apa yang diperintahnya.

Diantaranya, bila kita ambil wuduk dan menunaikan solat , dosa-dosa kecil kita akan di hapuskan oleh Allah SWT. Itu yang di khabar oleh hadith Rasulullah SAW. Nampak sangat Allah sangat suka mengampuni dosa-dosa kita. Kita sahaja yang sombong. Sudahlah kita selalu saja melakukan dosa, kita juga sering berasa aman dengan kemurkaan Allah dengan dosa-dosa tersebut.

Buktinya, kita tak kisah pun dengan dosa-dosa kita. Kita tak belajar pun cara-cara untuk mendapat keampunan dari Allah. Maka kita tak tahu pun cara-cara Allah boleh mengampunkan dosa kita.

Kesannya, bila kita melakukan sesuatu ibadah, ia sekadar untuk melepaskan tanggungjawab kita pada Allah.

Contoh yang jelas, bila kita berwudhuk, kita tak ada rasa apa-apa pun waktu melakukannya. Tak ada rasa khusyuk semasa wudhuk lagi. Tak ada rasa berhubungan dengan Allah semasa kita menyapu air kemuka kita dan juga semasa kita membasuh anggota-anggota kita yang lain semasa wuduhuk.

Bila sewaktu wudhuk lagi kita tak dapat ‘rasa’ hubungan kita dengnn Allah, maka sewaktu solat juga ‘rasa’ itu sangat sukar hadir waktu kita sedang solat.

Akhirnya solat kita, hanya sekadar melepaskan tanggungjawab kita sahaja, tanpa memberi kesan kepada kehidupan seharian kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: