Subur Vs Mandul


Pokok yang subur akan mengeluarkan hasil yang banyak. Kalau pokok buah-buahan, buah yang di hasilkan biasanya bukan sahaja banyak malah berkualiti pula. Orang yang subur pula biasanya dikaitkan dengan kemampuan melahirkan banyak zuriat.

Orang yang mandul? Biasanya kita kaitkan dengan ketidakupayaannya untuk menghasilkan benih yang baik sehingga mereka tak mempunyai zuriat. Hidup mereka agak kesunyian sehingga kadang-kadang mereka sanggup mengambil anak angkat untuk menghilangkan kesunyian mereka. Itu ujian yang Allah beri pada mereka, dan sekiranya mereka redha besar pahala atas ujian tersebut.

Kita yang subur dan di kurniakan seorang atau lebih zuriat keturunan juga tetap diuji oleh Allah dengan kaedah yang berbeza pula. Diantara ujiannya ialah untuk membesar dan mendidik zuriat kita menjadi orang yang faham Islam dan menghayati Islam sepanjang hidup mereka.

Kita mahu, bukan sekadar tubuh badan kita sahaja yang subur sehingga mampu melahirkan zuriat keturunan, tetapi yang lebih penting ialah kita mahu iman kita juga sentiasa subur dan tidak mandul. Iman yang subur akan membuahkan amal. Iman yang subur akan membuahkan akhlak yang mulia, jiwa yang semakin bertaqwa serta nafsu yang ‘tenang dan terpelihara’ (mutmainnah).

Iman yang mandul? Pasti yang sebaliknya yang akan berlaku.

Bagaimana iman kita? Subur atau Mandul?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: