Mengapa Mengeluh?


Setiap hari kalau dikira berapa kali agaknya kita mengeluh? Kadang-kadang benda-benda kecil pun kita mengeluh. Hari hujan kita mengeluh. Cuaca panas kita mengeluh. Sejuk sangat kita mengeluh. Bagaikan semuanya tak kena dengan kehendak kita.

Perut lapar kita mengeluh. Tak bertenaga nak solat katanya. Kenyang sangat pun ada yang mengeluh. Susah nak ibadat katanya. Makanan masin, air tawar, kerja banyak, tidur tak cukup, anak bisng. Isteri meragam, jalan sesak, pemandu lain ‘kurang ajar’, gaji lambat dan sebagainya.

Kan Itu semua lumrah hidup? Tapi kenapa kita mengeluh, walau pun dalam perkara yang sangat kecil?

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat bakhil.”
Surah al-Ma’arij (70) : 19-21.

Yang bahayanya ialah bila kita banyak sangat mengeluh, nampak sangat kita ini jenis orang yang tak tahu bersyukur pada Allah swt. Sebab itu bila dapat nikmat tak keluar pun dari mulut kita ucapan “Alhamdulillah”. Tak ada tanda kita bersyukur. Sebaliknya bila di uji sikit mudah sangat kita mengeluh.

Kadang-kadang keluhan itu juga, nampak macam kita ‘protes’ dengan ketentuan Allah swt. Nauzubillah min zalik..

Ampunkan kami Ya Allah....

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: