Orang Bijak


Kenapa Rasulullah menyatakan orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaan untuknya? Mungkin jika kita tidak memikirkan nya secara mendalam, kita tak berapa nampak hikmah di sebalik hadith Rasulullah terebut. Sebab kita mungkin memikrikan bahawa orang yang bijak ialah orang yang dapat ‘merekacipta’ sesuatu, atau pun orang yang berjaya dengan cemerlang di dalam semua peperiksaan yang diambilnya.

Tetapi hakikatnya memang benar, orang yang bijak ialah orang yang banyak ingat akan mati dan bersedia untuknya. Kenapa?

Cuba kita bayangkan, jika semua orang di dunia ini sentiasa mengingati mati apa yang berlaku? Pasti banyak masalah di dunia yang ada sekarang tidak berlaku. Semua orang dapat hidup dengan aman dan tenang. Tidak ada jenayah, tiada pergaduhan, tidak ada perebutan harta dan kuasa. Tidak ada yang gila dunia dan gila perempuan. Juga tidak ada dengki mendengki, tidak ada perasaan takbur, sumaah dan ria’.

Semua itu tidak berlaku kerana semua sedar bahawa hidup ini sangat sekejap sahaja, sedangkan kehidupan selepas mati itu yang akan kekal untuk kita menerima pembalasan atas kehidupan kita yang sangat sekajap di dunia ini.

Orang yang ditimpa musibah apa pun, akan dapat menerimanya dengan tenang sebab semua musibah itu kecil sahaja jika di bandingkan dengan musibah kematian sekiranya kita tidak besedia untuknya.

Sebab itu, apa-apa masalah yang berlaku hari ini disebabkan ramai sangat yang bodoh dari yang bijak. Kita?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: