Orang Gagah


Dalam satu hadith Rasulullah SAW menjelaskan bahawa orang yang gagah bukanlah orang yang dapat mengalahkan lawannya bila bergusti, tetapi orang yang gagah ialah orang yang dapat menahan kemarahannya.

Melatih diri untuk menewaskan orang lain bila ‘bergusti’ tidaklah sesukar untuk menahan marah. Untuk menang bergusti, kita boleh melakukan berbagai cara. Dengan perlatan yang cukup, teknik dan latihan yang banyak, insyaAllah sesiapa pun boleh menang dalam bergusti.

Tetapi untuk menjadi seorang yang sentiasa dapat mengawal marahnya, dalam apa juga keadaan memang sukar. Biasanya manusia boleh menahan marah dalam perkara tertentu sahaja. Dalam perkara yang lain sifat marahnya kadang-kadang amat sukar dikawal.

Mereka yang benar-benar bersih hatinya (tiada sifat mazmumah), sentiasa ingat akan Allah dan redha dengan segala takdir Allah, layak menjadi orang yang gagah. Itulah diantara ciri-ciri utama yang perlu ada pada seseorang yang biasanya dapat menahan marah.

Jauh sabgat diri kita rasanya untuk diiktiraf sebagai orang gagah mengikut definasi gagah yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Marilah kita mengusahakannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: